Wednesday, 7 November 2012




Sahabat semangkuk sepiring makan..
Sahabat sebantal seketiduran..
Sahabat sebaya sepermainan..
Bagai kuku dengan daging..
Bagai aur dengan tebing..
Bagai ikan dengan air..
Bagai jarum dengan kelindan..
Ke hulu sama ke hulu..
Ke hilir sama ke hilir..
Yang tahan asak dengan banding..
Yang tahan berpahit-pahit..
Kalau koyak tampalmenampal..
Kalau condong sokong menyokong..
Terbakar sama hangus..
Terendam sama basah..
Luka tidak dipimpas..
Mati tidak diungkit..
Sakit tidak disebut..
Salah tidak ditimbang..
Hutang tidak dibayar..
Bagai seibu seayah kandung..
Bagai kulit dengan isi..
Bagai lukah dengan air..
Itulah sahabat yang dicari..
Sahabat sempit sahabat berlapang..
Guntingnya tidak memutus..
Simpul tidak terungkai lagi..
#tidak mungkin segala yang manis itu tetap menjadi manis apabila dikenang...
#dan tidak mustahil yang pahit itu boleh berubah menjadi manis kelak...


**Rasulullah bersabda,,apabila seseorang mencintai saudaranya,maka hendaklah dia memberitahu 
saudaranya itu..    :: ~H. R. Abu Daud dan Tirmizi~ ::

Apa yang ingin saya tekankan di sini, bersama-samalah kita mencintai sahabat-sahabat kita kerana apa? kerana mereka merupakan sumber inspirasi selepas Allah, Rasul dan keluarga.
Bagi mereka yang meletakkan ''boyfriend'' sebagai yang pertama dan utama,, sedarlah bahawasanya, kita tidak akan ke mana bersama si dia.. Apatah lagi wujudnya jalan-jalan yang mendekatkan kita kepada ''zina''.. Wallahu'alam. :)

No comments:

Post a Comment