Thursday, 8 November 2012

HEBAT SANGATKAH CINTA???




hebat sangatkah cinta,  
atau cuma hawa nafsu semata,
jika tiada calon, ramai yang bertanya ,
mengapa tidak dicari katanya,


hebat sangatkah cinta,
jika cuma sesama manusia,
apatah lagi berlainan jantina,
hingga agama diletak belakangnya,


hebat sangatkah cinta,
jika statusku single mereka hairan bertanya,
sedangkan solat lima waktu tidak diberatnya,
jika ramai tak buat dipandang biasa,


hebat sangatkah cinta,
menghayati rasa yang terkandung didada,
terlahirnya sajak ,puitis nya cinta,
lautan api sanggup diredahnya,                              


hebat sangatkah cinta,
hingga semua nak diserahkannya,
katanya memujuk kononnya aku yang teristimewa,
sedangkan ayat sampah tu dah beribu kali dijaja,


hebat sangatkah cinta, 
kononnya dihati tulus setia,
membukti cinta tanpa diduga,
akhirnya tubuh menjadi mangsa

                                          
 hebat sangatkan cinta,
" saya suka awak kerana agama"
kalau begitu mengapa mendekati zina,
jika benar agama ukurannya,


hebat sangatkah cinta,
mampu membuat diri tersenyum manja,
khayalnya meneguk madu cinta,
sedangkan yang diteguk racun berbisa,


hebat sangat kah cinta,
sehingga mata yang celik dikata buta,
dosa pun dia kata"tak pa",
janji kau aku yang punya


hebat sangatkah cinta , 
jawpannya ya,
jika mencari cinta yang Esa,
bahagianya kekal untuk selamanya...........




cinta insani itu memang hebat....boleh buat manusia hidup dan boleh buat manusia mati...tetapi cinta ILAHI dan RASUL adalah yang terhebat,kerana ianya kekal bersemi hingga ke negeri abadi


 manusia itu diciptakan untuk saling mencintai dan mengasihi..cintailah manusia dengan cara yang halal..bukan haram..cinta Allah dan Rasul dgn sedalam2nya..dan kedua2 itu lebih baik.. ^^,

 
P/S : jangan taksub sangat mengenal cinta..nanti xkenal pahit bercinta sebab dah nampa
k manisnya..manusia ni bila disebut tentang cinta,,apa yang ada dalam kepala hanya cinta sesama manusia..dan mula mengimpikan mimpi yang indah2 belaka..sampai lupa cinta kepada Allah dan rasul itu lebih kukuh..! :)

 

بسم الله الرحمن الرحيم - ربنا هب لنا من ازوجنا وذريتنا قرة اعين واجعلنا للمتقين اماما - امين











Wednesday, 7 November 2012




Sahabat semangkuk sepiring makan..
Sahabat sebantal seketiduran..
Sahabat sebaya sepermainan..
Bagai kuku dengan daging..
Bagai aur dengan tebing..
Bagai ikan dengan air..
Bagai jarum dengan kelindan..
Ke hulu sama ke hulu..
Ke hilir sama ke hilir..
Yang tahan asak dengan banding..
Yang tahan berpahit-pahit..
Kalau koyak tampalmenampal..
Kalau condong sokong menyokong..
Terbakar sama hangus..
Terendam sama basah..
Luka tidak dipimpas..
Mati tidak diungkit..
Sakit tidak disebut..
Salah tidak ditimbang..
Hutang tidak dibayar..
Bagai seibu seayah kandung..
Bagai kulit dengan isi..
Bagai lukah dengan air..
Itulah sahabat yang dicari..
Sahabat sempit sahabat berlapang..
Guntingnya tidak memutus..
Simpul tidak terungkai lagi..
#tidak mungkin segala yang manis itu tetap menjadi manis apabila dikenang...
#dan tidak mustahil yang pahit itu boleh berubah menjadi manis kelak...


**Rasulullah bersabda,,apabila seseorang mencintai saudaranya,maka hendaklah dia memberitahu 
saudaranya itu..    :: ~H. R. Abu Daud dan Tirmizi~ ::

Apa yang ingin saya tekankan di sini, bersama-samalah kita mencintai sahabat-sahabat kita kerana apa? kerana mereka merupakan sumber inspirasi selepas Allah, Rasul dan keluarga.
Bagi mereka yang meletakkan ''boyfriend'' sebagai yang pertama dan utama,, sedarlah bahawasanya, kita tidak akan ke mana bersama si dia.. Apatah lagi wujudnya jalan-jalan yang mendekatkan kita kepada ''zina''.. Wallahu'alam. :)